HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 September 2021

Adam Adli bersama 20 aktivis muda sertai PKR

B8EA4185-71ED-43B2-881E-01C8A91AF372
Adam Adli dalam sidang media mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR.

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin pelajar, Adam Adli Abd Halim dan Asheeq Ali Sethi Alivi hari ini mengumumkan menyertai PKR.

Turut berbuat demikian 20 aktivis muda yang menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Adam dalam kenyataannya berkata, keputusan menyertai PKR bukan dibuat secara semberono jauh sekali atas desakan atau kepentingan yang mencalarkan niat baik beliau berbuat demikian.

“Keputusan hari ini adalah lambang kepada tekad yang dibentuk dan difikirkan bertahun lamanya.

“Saya mengambil masa yang sedikit panjang agar dapat memastikan apa pun jalan yang dipilih asasnya kukuh, prinsipnya jelas dan matlamatnya murni,” katanya dalam kenyataan.

Adam Adli berkata, PKR adalah landasan politik berbilang kaum yang biar pun tidak mungkin sepenuhnya sempurna namun sesuai dengan tekad politiknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan barisan pemimpin tertinggi parti itu kerana memberi peluang kepadanya menyertai PKR.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya melahirkan rasa bangga dengan penyertaan aktivis muda yang disifatkan terkenal dengan idealisme, komitmen dan perjuangan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: