Astro Awani

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil merupakan Pengerusi Amanah Melaka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu menggantikan Datuk Husam Musa
yang meletak jawatan tahun lalu.
Presiden
Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan pelantikan Adly yang sebelum ini
merupakan Bendahari Agung Amanah dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Perlantikan
Adly selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai
pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa
hadapan.
"Selaras
dengan matlamat ini juga, Amanah telah melantik Izham Hashim, 59,
Pengerusi Amanah Selangor sebagai Bendahari Agung Parti Amanah Negara
menggantikan Adly.
"Kami yakin pelantikan
ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang
membawa mesej 'Rahmatan lil aalamin' di kalangan masyarakat," katanya.
Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil merupakan Pengerusi Amanah Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan