Astro Awani

Datuk
M Nizam berpandangan, situasi itu menghalang kualiti dan kredibiliti
Ahli Parlimen dalam setiap mesyuarat penggal. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Reformasi politik perlu dilakukan kepada parti yang mahu wakil mereka
menyokong kepimpinan utama semata-mata kerana bergantung kepada watikah
sebelum pilihan raya.
Pengerusi Persatuan
Kajian Pembangunan dan Kemampanan Antarabangsa (Idris), Datuk M Nizam
Mahsar berkata, situasi itu dilihat menghalang kualiti dan kredibiliti
Ahli Parlimen dalam setiap Mesyuarat Penggal.
"Saya
rasa ada reformasi yang lebih mendasar, iaitu kepada sistem politik
yang memastikan supaya kualiti itu berlaku. Kita ingat dalam parti
politik ada undang-undang pertubuhan, jika ahli bawa parti politik ke
mahkamah pun boleh dipecat keahlian. Jadi proses semak dan imbang dalam
parti politik itu sendiri tidak ada. Bagaimana kita hendak pertikai dan
sebagainya.
"Contohnya
kita bercakap mengenai lompat parti, dalam satu situasi saya bersetuju
tetapi cuba bayangkan kalau parti itu sendiri terlibat dengan
kleptokrasi, rasuah dan sebagainya dan Ahli Parlimen bertindak untuk
keluar seperti kes dahulu sama ada mereka dipecat atau keluar parti.
"Adakah
itu salah kerana parti itu sendiri tidak menjunjung keadilan, kebenaran
atau prinsip demokrasi yang ada?" soalnya semasa sidang video pada
Isnin.
Sebelum
ini, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menghantar
satu notis Usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021
kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Bekas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, usul tersebut, di bawah
Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk RUU Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan dan
diharap menjadi titik permulaan memperkenalkan Pilihanraya Pecat atau
“Recall Election” pada sidang September ini.
Di
samping itu, katanya, beliau juga berhasrat untuk mencadangkan
penubuhan 'Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti' di
antara Ahli-ahli Parlimen yang berminat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan