Harits Asyraf Hasnan

Menurut
Shahril, kerajaan boleh terlibat secara langsung untuk satu tempoh
jangka masa sederhana bagi menyediakan pekerjaan yang sewajarnya. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli-ahli Parlimen perlu bersedia meluluskan sejumlah peruntukan kepada
kerajaan untuk membiayai peluang pekerjaan kepada rakyat, selagi ia
telus dan mencapai sasaran.
Ketua
Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata usaha merancakkan peluang
pekerjaan seperti skim jaminan pekerjaan amat penting supaya kerajaan
tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta mencipta peluang
pekerjaan.
Sebaliknya,
menurut Shahril kerajaan boleh terlibat secara langsung untuk satu
tempoh jangka masa sederhana bagi menyediakan pekerjaan yang sewajarnya.
"Kerajaan itu sendiri boleh membiayai pekerjaan-pekerjaan yang sektor swasta tidak akan wujudkan.
"Ia
seperti sektor sosial seperti 'caregivers' dan contoh lain yang
membantu output ekonomi dan sosial...iaitu pekerjaan dalam sektor-sektor
tertentu yang boleh membantu kualiti kemasyarakatan.
"Apa
yang penting adalah ahli-ahli Parlimen dan ahli politik bersedia
memberi satu kekuatan perbelanjaan kepada kerajaan dan kerajaan perlu
telus dalam perbelanjaan tersebut untuk membiayai pekerjaan-pekerjaan
ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas
lanjut, Shahril berkata antara menjadi kebimbangan pada ketika ini
adalah isu birokrasi melibatkan mereka yang memohon dana atau bantuan
terutama melibatkan komuniti perniagaan.
"Segala
program yang sudah baik dirancang oleh kerajaan kadang-kala masalahnya
melibatkan pelaksanaan melalui birokrasi yang terlampau rumit.
"Jadi
saya fikir, perlu juga satu bentuk pemikiran bahawa waktu ini bukanlah
seperti waktu yang biasa, pada masa sama bukanlah kita melonggarkan
piawaian sewenang-wenangnya.
"Tetapi dari segi pelaksanaan itu, prosedur apa yang boleh dipermudahkan buat masa sekarang, kita permudahkanlah," katanya.
Justeru katanya penting supaya semua parti politik meletakkan penyelesaian masalah ekonomi sebagai agenda utama.
Isu
birokrasi ini berbangkit apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan
Sri Annuar Musa meminta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
supaya kelulusan geran dan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) digital diproses dan dibuat keputusan dalam tempoh tidak lebih
daripada 60 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan