Shuhada Abdul Kadir

Yang
Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam menerima teks ucapan
perasmian daripada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri)
sempena pembukaan persidangan pertama, penggal Ke-4 DUN Melaka yang
ke-14, pada Selasa. - fotoBERNAMA
AYER KEROH:
Lanjutan daripada inisiatif ‘Keluarga Malaysia’ yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, Kerajaan Negeri
Melaka membuat tawaran baharu kepada barisan pembangkang di negeri
berkenaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri
Sulaiman Md Ali berkata, tawaran itu membabitkan kerjasama merentasi
sempadan tembok politik, agama, ekonomi, budaya dan hal kemanusiaan,
tanpa membezakan latar belakang keturunan dan bangsa, serta sudut
pandang berlainan, demi kestabilan dan kebajikan rakyat melaka.
Untuk
itu, beliau telah menggariskan sembilan ciri utama Transformasi
Sejahtera Politik dan Pentadbiran 2035 atau TS35 yang disifatkan sebagai
“Kanvas baharu yang bersifat inklusif.”
“Jadi,
pendekatan serta tindakan yang digariskan dalam Transformasi Sejahtera
2035 atau TS2035 adalah yang utama pada ucapan penggulungan adalah
sempena Bajet Negeri Melaka 2021 yang lalu. Saya telah menawarkan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukan Kerajaan sebagai rakan strategic
kepada Kerajaan Negeri,” kata Sulaiman.
“Kedua,
saya juga telah menaikkan peruntukan emolumen untuk khidmat ADUN rakan
strategik ini sehingga kepada RM60 ribu setahun bermula awal tahun.
Penjenamaan
semula Jawatankuasa Khas COVID-10 Melaka ke nama baharu iaitu Majlis
Pengurusan Pemulihan COVID-19 (MMPC) turut diumumkan dan ia diterajui
oleh Datuk Abdul Ghafar Atan.
“Kita
menjemput juga ADUN bukan kerajaan untuk bersama-sama memberi pandangan
dan melontarkan idea-idea bagaimana kita mampu mengurus COVID-19 di
Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika ditemui selepas Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan
Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh,
di sini, hari ini.
Selain itu, katanya,
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) akan turut melibatkan
ADUN pembangkang berbanding sebelum ini yang hanya terdiri daripada
adun-adun kerajaan.
Tambahnya, segala dasar dan perancangan itu menfokuskan kepada gagasan menuju TS35.
INI 9 CIRI UTAMA TS2035:
1.
Peruntukan baharu RM50,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) dalam bentuk sumbangan kit makanan. Ia melibatkan peruntukan
sejumlah RM1.4 juta.
2. Menaikkan
peruntukan emolumen untuk Pusat Khidmat ADUN kepada DUN pembangkang
kepada RM60,000 daripada RM42,000 mulai Januari lalu.
3.
Wakil rakyat pembangkang dijemput menyertai Jawatan Kuasa Khas COVID-19
Melaka (yang akan dijenamakan kepada Majilis Pengurusan dan Pemulihan
COVID-19 (MPPC).
4. Wakil rakyat
pembangkang dicadang dijemput menyertai Jawatankuasa Tindakan
Pembangunan Daerah (JTPD) yang kini hanya melibatkan ADUN-ADUN Kerajaan.
5. Wakil rakyat pembangkang dicadang menjadi anggota Ahli Majis Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (MTENM).
6. Transformasi Sejahtera Agensi dan Perkhidmatan Kerajaan.
7. Menghulur salam persahabatan kepada wakil rakyat pembangkang pada sidang DUN Bajet 2021.
8. Memperhebat dan menggalakan pelaburan degan mempromosi Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang kondusif.
9. Pakej Ransangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan