Abd Razak Mohd Ali

Abdul
Aziz Bari berkata isu keabsahan bukan isu undang-undang, tetapi lebih
bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana
Menteri. -Gambar fail
IPOH:
Kenyataan media Jabatan Peguam Negara semalam berhubung keabsahan Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri menggambarkan
kekeliruan dan kecelaruan dari sudut perlembagaan khususnya dalam proses
tersebut.
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak, Abdul Aziz Bari ketika berkata demikian menjelaskan bahawa isu keabsahan (legitimacy) bukan keperluan undang-undang.
Menurut
beliau, apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat
politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.
“Seruan supaya diadakan usul percaya (motion of confidence) adalah supaya pelantikan tersebut disahkan.
“Meskipun
ia bukan keperluan undang-undang, ia tidak bertentangan dengan
mana-mana peruntukan Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Bahkan,
kata beliau, dengan adanya amalan tersebut sebelum ini, khususnya pada
1976 dalam pelantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri ketiga, ia
sudah menjadi sebahagian daripada amalan dan tradisi Perlembagaan
negara.
Abdul Aziz berkata, Yang
di-Pertuan Agong sendiri telah menyarankan usul tersebut dan kenyataan
Peguam Negara adalah aneh dan menimbulkan persoalan.
“Ini dengan sendirinya menolak andaian Peguam Negara yang usul berkenaan mempersoal kuasa Yang Di-Pertuan Agong.
“Sepatutnya Peguam Negara menyokong cadangan yang jelas boleh menyuburkan tradisi perlembagaan negara,” ujarnya.
Menurutnya,
Peguam Negara perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak terbatas kepada
peruntukan yang ada semata-mata dan segala amalan yang selari dengan
Perlembagaan juga perlu diperkasakan.
Terdahulu,
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tiada keperluan untuk
mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk
baru-baru ini.
Beliau menegaskan pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan