Amirrul Rabbani

Pelantikan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun dibuat mengikut peruntukan
Perlembagaan Persekutuan, justeru usul undi percaya terhadap Perdana
Menteri tidak perlu dilakukan, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad. -
Gambar Jabatan Penerangan
TAIPING:
Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan
Dewan Rakyat kelak.
Naib Presidennya,
Senator Idris Ahmad berkata, ini adalah kerana pelantikan Perdana
Menteri telah pun dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya,
pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri juga telah
diperkenankan dan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Melantik
Perdana Menteri adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Yang
keduanya kuasa Yang di-Pertuan Agong memanggil Majlis Raja-Raja… itu
ialah antara kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Maka
sebab itu, lantikan Perdana Menteri ini merupakan kuasa mutlak yang ada
kepada Yang di-Pertuan Agong… sepatutnya (tidak perlu diadakan undi
percaya), begitulah kalau pandangan saya,” kata Idris.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada
mangsa banjir dari tiga perkampungan di sini, pada Ahad.
Pada
Sabtu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, tiada
keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana
Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
Namun,
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pula mendakwa, kenyataan Peguam
Negara itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua
ketua parti sewaktu sesi menghadap baginda di Istana Negara pada 17 Ogos
lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan