HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 September 2021

Perbetul niat - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dinasihat supaya memperingati keberadaan dalam wadah parti itu kerana perjuangan yang perlu kepada tanggungjawab, amanah dan tugas.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ahli BERSATU juga perlu membetulkan niat, pertautkan hati, merapatkan saf perjuangan dan membulatkan tekad untuk melaksanakan amanah.

"Amanah kita pikul ini berat. Kita akan dipersoal Allah SWT jika gagal melaksanakan amanah dengan betul. Jika kita bersatu, berganding bahu, bergerak seiring dan sederap, insya-Allah amanah berat akan menjadi ringan, kerja susah akan menjadi mudah.

"Walaupun usia BERSATU masih baharu, saya yakin jika kita dapat mengurus parti dengan cemerlang, istiqamah dengan roh perjuangan parti murni dan mengamalkan nilai kepemimpinan mulia, iaitu berintegiriti, beramanah dan bermaruah.

"Insya-Allah rakyat akan melihat kelainan dalam parti kita. We will make a difference and we will bring about the real change to the country's political values, culture and practices," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima BERSATU secara maya, malam ini.

Tiada ulasan: