Hasimi Muhamad

Dr
Mahathir berkata aktiviti melompat parti tidak boleh diharamkan dengan
begitu mudah, sebaliknya tafsiran mengenai perkara itu perlu
diperjelaskan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Pembentukan sesebuah kerajaan melalui cantuman antara parti terbesar
dan parti-parti politik lain tidak boleh ditafsirkan sebagai melompat
parti.
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr
Mahathir Mohamad berkata, percantuman parti boleh diterima jika ia
dilakukan dengan tersusun dan mengikut aturan serta perlembagaan parti
masing-masing.
Justeru,
tegas bekas perdana menteri itu, aktiviti melompat parti tidak boleh
diharamkan dengan begitu mudah, sebaliknya tafsiran mengenainya perlu
diperjelaskan.
"Ini kerana, adakalanya
apabila diadakan pilihan raya, tidak ada satu pun parti yang memperolehi
cukup bilangan (majoriti) untuk mendirikan kerajaan.
"Dalam
keadaan sebegitu, ada keperluan parti-parti lain juga bersama dengan
parti yang mendapat jumlah yang terbesar, supaya bilangan wakil rakyat
dalam kerajaan melebihi separuh daripada bilangan kerusi Dewan Rakyat.
"Pembentukan
cantuman parti lain dengan parti yang terbesar tidak boleh ditafsir
sebagai melompat kalau ia dilakukan dengan cara tersusun, mengikut
aturan dan perlembagaan parti-parti berkenaan, iaitu keputusan hendaklah
diambil semasa mesyuarat parti," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14.
Mengulas
lanjut, Dr Mahathir berpendapat, soal melompat perlu dikaji sebelum
diteruskan, bagi membolehkan Dewan Rakyat bergerak dengan lancar tanpa
gangguan oleh karenah ahli-ahli Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan