Hasimi Muhamad

Jelas
Ahli Parlimen Langkawi itu, rakyat sepatutnya diberikan hak untuk
memilih kerajaan melalui pilihan raya, dan bukan melalui cara selain
daripada itu - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegur pelantikan Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan dengan menyifatkan ia
tidak menurut lunas-lunas demokrasi, walaupun sah dari segi
undang-undang.
Jelas Ahli Parlimen
Langkawi itu, rakyat sepatutnya diberikan hak untuk memilih kerajaan
melalui pilihan raya, dan bukan melalui cara selain daripada itu.
"Apa
yang telah berlaku adalah orang yang ditolak rakyat sekarang ini
menjadi kerajaan, orang yang dipilih rakyat sekarang ini menjadi
pembangkang.
"Ini
menidakkan amalan demokrasi yang sepatutnya rakyatlah yang memilih
kerajaan, dan bukan cara-cara lain untuk menidakkan hak rakyat.Saya
berharap cara ini tidak diamalkan di masa-masa hadapan,"
katanya pada
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14, di Dewan Rakyat di
sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan