Israr Khalid

Draf
permintaan sudah pun siap dan menunggu kesediaan kerajaan untuk
memulakan rundingan secara rasmi bersemuka duduk semeja. -Gambar
fail/Bernama
KUALA LUMPUR:
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan
delegasi Pakatan Harapan pada 25 Ogos tempoh hari hanyalah sebuah
permulaan kepada episod baharu politik negara.
Kata
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, kedua-dua pihak hanya
baru bersetuju untuk duduk bersama berunding dan belum ada lagi ada
kesepakatan dalam perihal gerak kerja seterusnya.
“Ada pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak, adakah kenyataan bersama itu adalah kesudahannya?
“Jawapannya adalah tidak; ia adalah satu permulaan, belum ada apa-apa isi kandungan lagi dalam kenyataan bersama itu.”
Ditanya
tentang perkembangan di pihak pembangkang, Anthony memaklumkan ketika
ini draf rundingan sudahpun disiapkan yang mengandungi perihal
mereformasi institusi Parlimen dan akta anti lompat parti sebagai antara
butiran utamanya.
Cuma, katanya, Pakatan Harapan masih menunggu kesediaan kerajaan untuk mula berunding secara rasmi, bersemuka duduk semeja.
Ujar
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu, pengisian susulan kenyataan
bersama pada 25 Ogos itu perlu diisi dan dilengkapkan bersama, tentang
apa yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, apakah permintaannya dan
apakah komitmen yang dituntut.
“Bagaimana untuk kita ‘move on’ dan ‘move forward’,
dan bagaimana kita boleh merangka satu bentuk kerjasama yang boleh
menstabilkan keadaan dan memacu negara dalam tempoh 12 hingga 18 bulan
yang akan datang.”
Beliau berkata
demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis yang turut
disertai oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad
Masrizal Muhammad dan Felo Penyelidik Society For Empowerment &
Economic Development of Sabah (SEEDS), Rahezzal Shah Abdul Karim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan