Israr Khalid

Ahmad Masrizal yakin kerajaan ikhlas dan tidak cuba main wayang dalam hal kerjasama ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pentas kerjasama antara kerajaan dengan pembangkang tidak hanya terhad di ruang lingkup Parlimen sahaja.
Kata
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad,
keterbukaan kerajaan untuk mengajak pembangkang bersama dalam
melancarkan pentadbiran adalah jendela kepada pelbagai lagi bentuk
kerjasama antara kedua-dua pihak.
“Seperti
yang dikatakan YB Anthony (Loke), keterbukaan pembangkang juga tidak
bermakna mereka akan sertai kerajaan, tidak bererti berada di dalam
Kabinet.
“Ini saya lihat sebagai satu
daripada elemen keikhlasan di mana lepas ini barangkali akan lebih
banyak jawatankuasa-jawatankuasa dalam kerajaan sendiri yang akan
benarkan pihak pembangkang untuk berpartisipasi.”
Sebagai
latar belakang, 25 Ogos lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob mencapai kesepakatan dengan ketua-ketua blok pembangkang Pakatan
Harapan untuk menjalin kerjasama atas hasrat bersama merawat negara
daripada krisis hari ini.
Beliau dan
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Presiden Amanah)
dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) bertemu di pejabat Perdana
Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Dr
Masrizal percaya dan yakin, kerajaan tidak cuba bermain wayang dengan
langkah keterbukaan ini tetapi usaha ikhlas untuk mengajak bersama
membawa negara keluar daripada kemelut dan membinanya semula.
“Saya merasakan ini satu permulaan atau ‘political window’ yang baik untuk membolehkan bahawasanya kita mencapai atau pergi ke arah dimensi-dimensi lain.
“Partisipasi positif ini amat perlu dalam konteks untuk menjadikan negara kita lebih baik pada masa akan datang.”
Beliau
berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis yang
turut dibarisi Felo Penyelidik Society For Empowerment & Economic
Development of Sabah (SEEDS), Rahezzal Shah Abdul Karim dan Ahli
Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan