Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Dakwaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipengaruhi politik dan tidak membuat pertimbangan meenyeluruh apabila mendakwa bekas ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsaruddin Mohd Harun Norrassid pada tahun 2019 amat merunsingkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, kenyataan terbuka oleh Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang itu adalah serius dan berat.

Dakwanya, imej SPRM sebagai agensi bebas, adil dan profesional tercalar.

Mohd Puad berkata, kes melibatkan Noor Ehsaruddin itu berlaku ketika Latheefa Koya adalah ‘bos’ SPRM.

Latheefa adalah lantikan politik oleh Tun Mahathir.

Malah, Latheefa turut membocorkan sembilan audio rakaman perbualan Datuk Seri Najib Razak dan Putera Raja Emiriah Arab Bersatu tanpa sebab.

Justeru, kata Mohd Puad, Latheefa wajar disiasat.

Perdana Menteri juga mesti segerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap Tan Sri Tommy Thomas kerana ia amat berkaitan.

Dakwa beliau lagi, terlalu banyak misteri dan kes Ehsanuddin dan kritikan keras Abu Zahar menguatkan lagi kesangsian terhadap kes kes pendakwaaan semasa Tun M menjadi perdana menteri. – MalaysiaGazette