Abd Hadi Che Awang
Tun
Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah menerima tawaran rasmi
daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi mengisi jawatan
sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). - Foto BERNAMA
LANGKAWI:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan
kerajaan melantik ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf menteri
adalah sebagai satu 'pembaziran' dan perlu dihentikan ketika ini.
Ini
kerana menurutnya, peruntukan yang dibayar kepada individu berkenaan
sewajarnya digunakan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam
tempoh sukar tatkala berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19.
Beliau
yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut tidak
bersetuju dengan penglibatan ahli politik dalam badan-badan kerajaan
memandangkan ianya hanya memberi manfaat besar kepada individu tertentu
sahaja.
Sehubungan
itu, adalah menjadi satu kewajipan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob untuk meletakkan masalah yang dihadapi rakyat
sebagai perkara utama yang perlu diselesaikan melalui Pelan Pemulihan
Negara (PPN) yang sedang berjalan ketika ini.
"Yang
mana (perkara atau pelantikan politik) boleh tangguh, kita tangguh,
yang kita perlu dahulukan adalah masalah nasib rakyat, itu yang penting,
pasal mereka takut dijangkiti penyakit, ada ramai yang mati, ramai yang
tak tahan dengan lockdown.
"Kerajaan
mesti tolong mereka, kalau duit itu (nak dibayar kepada perkara yang)
benar-benar tak penting, kita (perlu) ketepikan, macam nak bagi jawatan
bertaraf menteri, itu semua tak penting tapi (kerajaan) ada (pula) duit
untuk itu, ada macam-macam duit untuk benda-benda political tetapi berkenaan masalah rakyat tak diberi perhatian," kata Ahli Parlimen Langkawi itu.
Dr
Mahathir berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen
Langkawi, Kuah bagi program #PulangKeLangkawi pada Jumaat.
Dalam
perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa tidak pernah menerima
tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Ismail Sabri bagi
mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Langkawi itu mengesahkan, wujud perbincangan
membabitkannya bersama Perdana Menteri berkaitan perkara terbabit
sebelum ini.
Pada Khamis, Pengerusi
Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan
harapan agar Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah diperkenalkannya
sebelum ini dapat dijalankan dengan cepat.
Menurutnya,proses
pemulihan itu juga tidak boleh lagi ditangguh memandangkan kerajaan
telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lalu
susulan pandemik COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan