HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 September 2021

Selepas Zahid, Anwar kini ada anak murid baharu Maszlee

Jika sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui dirinya anak murid kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Dr Maszlee Malik pula terbaharu menjadi anak murid Ketua Pembangkang itu dalam menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid sebelum ini berkomplot dengan Anwar untuk menjatuhkan Muhyiddin tetapi menipu cikgunya sehingga gagal menjadi Perdana Menteri (PM), terbaharu Maszlee pula terlibat dalam penipuan dengan cuba memanipulasi fakta berhubung fakta pemecatannya sebelum ini dengan mengaitkan Muhyiddin.

Apakah tujuan dan niat Maszlee cuba melibatkan Muhyiddin dalam isu pemecatannya walhal yang memecatnya ketika itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad selaku PM yang mengarahkan beliau meletak jawatan kerana membuat keputusan membelakangi nasihat Kabinet.

Untuk rekod, punca pemecatan Maszlee pernah didedahkan dalam surat tular yang ditulis Dr Mahathir kepadanya, pemecatan itu dibuat disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet.

Menurut laporan, sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Dr Mahathir didakwa dihantar ke pejabat Maszlee pada 27 Disember 2019.

Ia bukan rahsia lagi Maszlee yang dilihat cenderung kepada Anwar, malah pada Oktober tahun lepas tular akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya menyokong Anwar sebagai calon PM.

Maszlee mempunyai hubungan rapat dengan Anwar sejak era dakwah bersama dalam JIM dan Ikram sebelum ini.

Beliau kini terpelanting dan duduk bersama Anwar dalam blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) walaupun pada awalnya menubuhkan Parti Pejuang bersama Dr Mahathir dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja tetapi ia tidak bertahan lama apabila termakan pujuk rayu Presiden PKR sehingga bertindak meninggalkan parti tersebut.

Setianya Maszlee kepada Anwar sehingga sanggup meninggalkan Dr Mahathir, kini dilantik pula Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan PH.

Namun, sejarah tidak boleh diubah dan faktanya Maszlee menang di Simpang Renggam adalah kerana Muhyiddin yang meletaknya sebagai calon di kerusi Parlimen itu tetapi mungkin kerana taksub kepada Anwar hingga lupa ingatannya.

Sebagai seorang bekas pensyarah, Maszlee sepatutnya perlu mempunyai sedikit rasa malu dan jujur dalam tindakannya memandangkan lantikannya dalam Kabinet sebelum ini juga atas cadangan oleh Muhyiddin selaku Presiden Bersatu. Tetapi Maszlee sebaliknya tidak mengenang jasa tersebut kerana sudah menjadi fanatik Anwar.

Jika Maszlee mahu berbicara soal integriti atau kredibiliti terhadap Muhyiddin, mungkin lebih elok jika beliau sendiri mencermin dirinya terlebih dahulu.

Rakyat tidak lupa bagaimana Maszlee boleh melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walhal ketika itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan, ia menimbulkan konflik kepentingan sehingga menjejaskan imej kerajaan PH waktu itu.

Walaupun dinasihati Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi UIA, ia tidak diendahkan dan berdegil sehingga berbulan-bulan kemudiaan baharu berundur, itu pun selepas menerima kritikan banyak pihak.

Kalau orang yang ada disiplin parti, apabila Presiden parti beri nasihat, cepat-cepatlah ikut nasihat. Nasihat itu pun untuk kebaikan parti dan Kerajaan. Tetapi Dr Maszlee tidak ada disiplin parti. Sampai kabinet terpaksa buat keputusan. Itu pun dia ambil masa yang lama untuk patuh.

Sebelum membuat tuduhan, Maszlee sewajarnya membuat semakan fakta dan tidak membabi buta menuduh Muhyiddin sebagai punca pemecatannya.

Bagaimanapun, apabila seseorang yang sudah menjadi fanatik Anwar ia sukar untuk diperbetulkan, seperti Zahid nampaknya Maszlee kini menjadi anak murid terbaharu Anwar yang sedia dicucuk hidung untuk membuat fitnah dan tuduhan liar.

Maszlee mungkin terlupa dan tidak memeriksa faktanya, Muhyiddin semasa menjadi PM tidak bertindak mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk memperbaharui kontrak 1Bestarinet walaupun boleh menggunakan kuasanya waktu itu.

Pemecatan Maszlee adalah kuasa Dr Mahathir waktu itu yang menjadi PM, mungkin beliau boleh bertanya kepada rakan-rakan dalam PH yang duduk bersamanya kini, adakah mereka menyokongnya sebelum ini semasa PH menjadi kerajaan pusat di Putrajaya?

Jadi, jangan memperbodohkan diri sendiri Maszlee kerana ketinggian ilmu saudara belum mampu meninggikan ketinggian fizikal saudara yang sememangnya pendek dan tidak berakal.

Tiada ulasan: