Astro Awani

Anwar
menjelaskan, langkah itu seolah-olah tidak menurut titah Yang
di-Pertuan Agong dalam isu keabsahan perdana menteri. - FB / Anwar
Ibrahim
KUALA LUMPUR:
Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun disifatkan membingungkan
apabila menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah
dibentuk baru-baru ini.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, langkah itu
seolah-olah tidak menurut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam isu keabsahan Perdana
Menteri.
Tegas
Anwar, titah Yang di-Pertuan Agong jelas bahawa 'Perdana Menteri yang
telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a)
Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul
undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat
kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat'.
"Membingungkan
sebab Peguam Negara hadir dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong
di Istana Negara bersama ketua parti termasuk Keadilan, UMNO, DAP,
Amanah, Warisan, Pejuang. Cuma dengan GPS sahaja yang dibuat sebelumnya
melalui Zoom.
"Apa yang disebut (titah), menang kalah itu tipis sekali kalau ada yang menang. Maka harus ada semangat kekitaan.
"Kemudian siapa yang diangkat harus dimulakan dengan undi percaya," katanya dalam video di dalam laman Facebooknya pada Isnin.
Sebelum
ini, Idrus menyatakan, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan
kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang.
Menurut
beliau, ketelitian proses pemilihan dijalankan Yang di-Pertuan Agong,
dalam memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah
sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum
ini, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Idrus
berhubung isu undi percaya di Parlimen didakwa bertentangan dengan titah
Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap
baginda di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan