Bernama

Mohamad
berkata kerajaan negeri perlu menggunakan kaedah pengurusan krisis
dalam menangani penularan COVID-19. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
SEREMBAN:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan diingatkan untuk
sentiasa fokus dan memberi keutamaan dalam urusan membela kebajikan
rakyat, sekali gus berupaya membangunkan negeri meskipun berdepan
keadaan rumit dan luar biasa akibat COVID-19.
ADUN
Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan Menteri Besar Datuk
Seri Aminuddin Harun kini berhadapan dengan krisis sukar yang belum
pernah dihadapi sebelum ini semasa menerajui negeri berkata semua
berkata, semua wakil rakyat perlu bekerjasama mencari rumusan terbaik
demi rakyat.
"Titah
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku
Munawir ketika perasmian DUN begitu jelas agar ahli dewan ini dapat
memastikan Negeri Sembilan keluar daripada krisis ini yang bukan sahaja
dihadapi kita tetapi seluruh dunia.
"Alhamdulillah
Negeri Sembilan telah menunjukkan penurunan kes COVID-19 jadi perlu
kita pastikan ia berterusan dan jangan ambil sewenang-wenangnya dengan
tidak lagi mengamalkan prosedur operasi standard apabila kes turun, kita
mesti terus hati-hati," katanya ketika sesi perbahasan persidangan DUN
Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini hari ini.
Mohamad
yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kerajaan negeri perlu
menggunakan kaedah pengurusan krisis dalam menangani penularan COVID-19,
lebih-lebih lagi hampir 50 peratus jangkitan wabak itu di negeri ini
banyak berlaku di peringkat industri.
Sementara
itu ADUN Chennah Anthony Loke Siew Fook mencadangkan kerajaan negeri
supaya memberi kit kuarantin kendiri percuma kepada rakyat di negeri ini
yang dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua, serta oximeter bagi
memantau kadar oksigen semasa tempoh kuarantin.
"Usaha
itu juga dapat membantu pesakit mengetahui tahap kesihatan diri supaya
tidak menjadi serius dan mengurangkan kes kematian di luar hospital
(BID)," katanya.
Beliau turut memuji
usaha semua pihak terutamanya petugas kesihatan di negeri ini yang
bertungkus lumus merawat pesakit COVID-19 sehingga negeri ini beralih ke
Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara dengan keberhasilan program vaksinasi
serta pengurangan kes wabak itu.
Persidangan bersambung esok.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan