BERNAMA
KOTA KINABALU: UPKO meminta kerajaan mengkaji semula kebekersanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Setiausaha Agungnnya Datuk Wilfred Madius Tangau hari ini berkata parti komponen Barisan Nasional itu merasakan ISA sepatutnya digunakan terhadap individu yang mengancam keselamatan negara seperti pengganas.
Beliau meminta kerajaan supaya memastikan akta itu tidak digunakan sewenang-wenangnya.
Tangau berkata beberapa individu telah ditahan mengikut ISA kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dalam pengeluaran kad pengenalan di Sabah beberapa tahun lepas tetapi tindakan itu tidak menunjukkan hasil berkesan.
"Ia sekadar menimbulkan kesulitan kepada individu yang berkenaan dan keluarga mereka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan