HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 September 2008

Polis rampas bunga api dan mercun bernilai lebih RM 20,000

BERNAMA


MELAKA: Polis merampas mercun serta bunga api pelbagai jenis yang bernilai lebih RM20,000 dan menahan tiga lelaki dalam beberapa operasi mencegah penjualan dan pemilikan bahan larangan itu di sini sejak tiga hari lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Supt Hamdan Majid berkata Sabtu lepas pihaknya merampas 28 kotak bunga api serta mercun yang dilarang penjualannya di sebuah premis di Pengkalan Rama di sini dan menahan seorang lelaki berumur 50 tahun.

Beliau berkata semalam pula polis merampas beberapa bungkusan mercun dan bunga api daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 20an di Bazar Ramadan Pantai Klebang dekat sini.

Menurutnya pada kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi pula polis merampas beberapa bungkusan mercun serta bunga api, dan menahan seorang lelaki berumur 27 tahun di sebuah kawasan apartmen di Bandar Hilir di sini.

"Ketiga-tiga lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan mereka akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM300," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Bukit Beruang di sini, hari ini.

Hamdan seterusnya mengingatkan orang ramai mengenai larangan pemilikan, penjualan dan pembakaran bunga api serta mercun yang masih berkuat kuasa, dan menurutnya polis sehingga ini hanya membenarkan penjualan dan pembakaran mencun dan bunga api iaitu jenis pop-pop dan happy boom yang tidak membahayakan pengguna, namun penjualannnya juga memerlukan permit yang dikeluarkan polis.

Tiada ulasan: