HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2008

Kontrak sosial tidak perlu diajar di universiti jika tiada kajian semula - Dr Syed Hussain

Syukree Hussain
[Kemaskini]


KUALA LUMPUR - PARTI KeADILan tidak bersetuju jika mata pelajaran Sosial Kontrak mahu diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti, jika tidak diadakan kajian semula sejarah lahirnya “Kontrak Sosial.”

“Adakah yang akan diajar di sekolah ataupun universiti itu, adalah sejarah yang sebenar? Oleh yang demikian satu kajian yang telus perlu dilakukan terlebih dahulu,” soal Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Hussain Ali kepada Suara KeADILan Online semalam.

Menurutnya, jika tidak, apa-apa yang diajar di sekolah dan universiti, sejarah yang subjektif ini akan hanya mengikut selasa parti pemerintah.

Perkara ini dibimbangi mengulangi apa yang berlaku kepada buku teks sejarah yang diajar di peringkat sekolah.

Pada 21 Oktober lalu, Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya kontrak sosial dijadikan kurikulum di universiti bagi menjelaskan isu itu yang kini sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, penjelasan kepada generasi muda khususnya pelajar universiti penting bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka.

Katanya, jika perkara itu dapat difahami dengan betul, maka tiada pihak yang akan mempersoalkan mengenainya kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Sosial Kontak hanya mula dipakai pada 80an

Menurut Syed Husin, perkataan ’sosial kontrak’ bermula di Barat dengan pengertian tertentu terutama hubungan antara negara dengan warga negara dan hubungan negara dengan masyarakat sivil.

“Perkataan ‘kontrak sosial’ tidak ada kena mengena dengan dengan hubungan antara kaum.

Jelasnya, perkataan tersebut tidak pernah digunapakai oleh pihak suruhunjaya perhubungan Lord Reid ataupun pihak yang dianggap golongan utama terlibat debfab pembentukan perlembagaan negara terutama Umno dan MCA.

“Ada pihak termasuk bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Abdullah Ahmad mengatakan, perkataan ’sosial kontrak’ mula timbul dan digunapakai sekitar tahun 80an dan merupakan hanya isi persetujuan yang dicapai oleh Umno dan MCA semasa mula-mula ingin mencapai kemerdekaan,” terang Syed Husin lagi.

Beliau yang juga bekas pensyarah di Universiti Malaya mempersoalkan adakah ’sosial kontrak’ ini mula digunakan hanya apabila pihak British memberi tekanan kepada pimpinan waktu itu terutama sewaktu Tunku Abdul Rahman dibawa dengan kapal perang.

“Apakah sejarah sebenar ’sosial kontrak’? Bagaimana ia wujud dan apa sebenarnya yang berlaku?” beliau merasa curiga dengan agenda ‘Kontrak sosial’ ini.

Kurikulum mesti ditentukan universiti secara autonomi

Justeru itu, Syed Husin mencadangkan jika sesuatu subjek termasuk ‘kontrak sosial’, sama ada ingin diajar atau tidak, sewajarnya ditentukan oleh kuasa autonomi pihak universiti terbabit dengan sendiri.

“Saya bimbang ia akan mengulangi apa yang terjadi kepada subjek ‘perhubungan etnik, di mana silibus atau kurikulumnya ditentukan secara politik melalui kabinet.

Bahkan, ujarnya, perkara ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mutu dan kualiti universiti merosat dan kedudukan kualiti pencapaian universiti terus menjunan teruk akibat campurtangan kerajaan terhadap universiti.

Sementara itu, Muhyiddin menjelaskan, “Yang penting bukan mempersoalkan kontrak sosial tapi penjelasan supaya generasi muda faham apa itu kontrak sosial kerana tidak semua faham mengenai kontrak sosial dan mengaitkannya dengan sejarah negara adalah penting untuk diberitahu kepada mereka.”

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tambahnya, perkara yang termaktub dalam perlembagaan juga sama sekali tidak perlu diungkit dan jangan ada pihak cuba mempolitikkannya kerana ia boleh mengugat keharmonian negara.

Sebelum itu, raja-raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas yang dikeluarkan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Ibrahim Engku Ngah, raja-raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan: