HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2008

Jangan ‘buang’ perhormatan kepada ‘Datuk’ - YB Batu Caves

Syukree Hussain


“Pemberian anugerah atau takhta daripada sultan atau yang dipertua negeri yang membawa gelaran Datuk secara terlalu rambang mengakibatkan, akan hilang perhormatan kepada mereka yang memiliki gelaran tersebut,” tegas Adun Batu Caves, Amirudin Shari mengulas tindakan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood terkenal Shahrul Khan.

Katanya yang juga merupakan Exco AMK, sebenarnya seseorang tokoh yang berjasa telah dihormati oleh kalayak ramai, dan penganugerahan gelaran Datuk hanyalah untuk memperkuatkan lagi perkara tersebut.

Namun, jelas Amirudin, keadaan sudah terbalik dimana seseorang yang tidak berjasa atau popular melobi melalui politik untuk mendapatkan anugerah Datuk bagi membolehkan mereka menjadi terkenal.

“Dipercayai ada sesetengah golongan yang sanggup membayar sejumlah wang untuk memperolehi anugerah Datuk. Ini berlaku kerana dengan mempunyai gelaran Datuk mereka mudah untuk memperolehi kontrak atau tender kerajaan dalam sesuatu perniagaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Amirudin yang ditemui oleh Suara Keadilan Online ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, bersetuju 100% dengan desakan KeADILan supaya kriteria tentu perlua diwujudkan untuk bidang seni, perlancong, politik dan sebagainya bagi menilai kelayakan seseorang untuk dianugerahkan gelaran Datuk.

Shah Rukh Khan terima Datuk, 26 November

Shah Rukh Khan, dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Khalil Yaakob ke-70.

Menurut setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, “bintang filem hindustan itu dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).”

Sementara itu Ketua Menteri Melaka Ali Rustam mempertahankan pemberian gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Kata ahli politik bekas pekerja Lembaga Letrik Negara itu, “filem hindustan begitu popular, secara tidak langsung Shah Rukh mempromosi secara percuma Melaka kepada dunia sebagai destinasi perlancongan.”

Sementara itu, Shah Rukh Khan akan menerima Darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 29 November, dan bukannya Rabu ini sebagaimana yang dilapor oleh Bernama sebelum ini.

Seorang pegawai di pejabat Ketua Menteri berkata, majlis penganugerahan Darjah kebesaran di Seri Negeri di Melaka itu akan disiar secara langsung di televisyen pada pukul 10 pagi.

Mengulas lanjut isu anugerah Datuk kepada Shahrul Khan, Amirudin yang ditemui petang semalam berkata, ramai lagi golongan-golongan artis di Malaysia yang lebih layak menerima anugerah datuk di mana mereka lebih 20 hingga 30 tahun mengharungi nama negara di serata dunia.

“Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang berjasa mempromosi pelancongan Malaysia di mata dunia yang tidak pernah mendapat sebarang perhormatan daripada kerajaan,” ujarnya.

Tiada ulasan: