BERNAMA
JOHOR BAHARU — Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dua minggu lepas.
Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta UMNO Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.
“Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dan dikenakan tindakan,” katanya tanpa menamakan siapakan dua ahli politik yang dimaksudkan itu. -
1 ulasan:
jangan nak kelentongla wak, nak caripublisiti murahan.... dahla cakap macam keling mabok, kalau betul buktikanla sms tu. buat repot. apa susahnya nak cari sapa yan hantar,kan mcmc ada rekod pemilik no telefon pengirimnya??? tu pun kalau betul ada,tapi rasa nya takde cuma saja saja nak tarik perhatian public. minyak bila nak terbakar wak???
Catat Ulasan