HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Oktober 2008

MB serah BPR siasat bekas Timbalan Naib

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

"Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini berhubung kes bekas Timbalan Naib Canselor itu yang didakwa meniru tanda tangan untuk melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatannya di universiti itu.

Dalam laporan itu, professor berkenaan didapati melanjutkan sendiri kontrak perkhidmatannya termasuk menerima lain-lain faedah lebih dari setahun lalu sebelum pihak berkuasa universiti menyedari ia satu penipuan.

Laporan mengenai perkara itu dibuat kepada BPR pada April lalu.

Tiada ulasan: