HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Oktober 2008

Dewan Rakyat: Karpal digantung dua hari

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung selama dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini.

Keputusan Itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semasa sesi soal jawab lisan.

Karpal dikenakan tindakan tersebut kerana menuduh dan mencabar kewibawaan Pandikar Amin yang dianggap `bersikap tidak serius dan main-main’ semasa mempengerusikan sidang Dewan.

Keputusan Pandikar Amin itu mengikut Perkara 44 (3) kerana Karpal menggunakan perkataan kurang ajar kepadanya.

Bagaimanapun Karpal enggan meninggalkan Dewan sehingga memaksa Pandikar Amin mengarahkan Bentara membawa ahli Parlimen senior itu keluar.

Bagaimanapun semasa ketegangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bangun dan mengusulkan supaya Speaker mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat.

Namun Pandikar Amin tetap dengan pendiriannya kerana Ketua Pembangkang itu tidak berjaya memberi jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan ditimbulkan lagi oleh ahli Parlimen pembangkang.

Tiada ulasan: