HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Oktober 2008

Teresa beri Dr Khir tujuh hari buat penjelasan

SINAR HARIAN


SHAH ALAM – Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diminta memberi penjelasan dalam masa tujuh hari berhubung artikel yang ditulis oleh beliau dalam laman blog ‘Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo’ bertajuk ‘Anwar Ibrahim Lain Bengkak Lain Bernanah’.

Surat meminta penjelasan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok melalui syarikat guaman S N Nair & Partners kelmarin.

Surat tersebut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu supaya segera menarik balik kenyataan balas yang terkandung dalam laman blog beliau, blog-blog lain dan media, serta memindahkan kesemua komen fitnah terhadap Teresa yang terdapat dalam laman berkenaan.

Dr Khir juga diminta menyiarkan permohonan maaf berhubung perkara itu di dalam akhbar dan mengambil tindakan tidak mengulangi tuduhan-tuduhan dan komen-komen berkenaan.

Antara lain, Ahli Parlimen Seputeh itu melalui peguamnya juga meminta Dr Khir membayar ganti rugi bernilai RM10 juta dan menjelaskan semua kos guaman.

Surat tersebut juga mengatakan, tulisan Dr Khir dalam laman blognya itu menggambarkan Teresa sebagai taksub keagamaan dan diskriminasi kaum, tidak boleh dipercayai, dan seorang ahli politik yang tiada integriti.

Tiada ulasan: