HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2008

Sains, Matematik dalam bahasa inggeris, satu langkah undur ke belakang

Abbas Ibrahim


KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan khusus Kementerian Pelajaran untuk mengekalkan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik merupakan, “Langkah ke belakang dan satu pemikiran yang dangkal,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B. Salahuddin Ayub kepada Suara Keadilan Online hari ini.

“Kita mahu wujudkan satu pemikiran yang ‘world-class’, yang bertaraf dunia, yang bertaraf antarabangsa.

“Lihat sahaja orang-orang Jepun, Korea yang maju, khusus di dalam teknologi, contohnya; mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris malah menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” sambung beliau seterusnya.

“Orang Vietnam guna bahasa Vietnamnya. Orang Sepanyol guna bahasa Sepanyolnya. Orang Perancis guna bahasa Perancisnya. Apapun, negara tersebut terus-menerus membangun dan maju ke hadapan. Sesebuah negara tidak akan mundur, semata-mata kerana menggunakan bahasa ibunda mereka.

Menurut sumber daripada Kementerian Pendidikan semalam, bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Mereka memartabatkan penggunaan bahasa ibunda”. Kalau kita kaji dan di halusi memangbenar kata-kata Salahuddin itu eraa orang-orang Perancin cukup bangga dengan penggunaan bahasa Perancis mereka. Mereka tidak akan bertutur bahasa Inggeris, walaupun dalam keadaan atau suasana di ajukan soalan-soalan dalam bahasa Inggeris sekalipun. Rata-rata mereka akan membisu dan tidak akan menjawab.

“Bahasa Melayu di pertuturkan oleh setengah bilion populasi di seluruh dunia. Kenapa tidak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Bahasa kita boleh terus maju ke hadapan. Kita gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan dan bahasa rasmi ilmuan dan pendidikan. Tidak ada salahnya! Ini termaktub dalam Fasal 152, Perlembagaan Negara.

“Ramai para ilmuan dan para sarjana telah menjalankan penyelidikan, khusus dari Universiti Kebangsaan Malaysia, sesedar saya, memberiangka tunjuk bahawa bahasa Melayu perlu di martabatkan dan perlu di dokong. Ini realiti yang harus kita terima dan harus di perjelaskan!”, tegas Ketua Pemuda PAS Pusat tersebut.

Manakala AJK Majlis Tertinggi Parti KeADILan Rakyat, saudara Badrul Hisham Shahrin pula berpandangan bahawa, “Tidak ada kesediaan; kesediaan dari para pelajar dan guru-guru khususnya. Peruntukan yang banyak di gunakan untuk melaksanakan misi tersebut. Namun, usaha dan kerja yang di jalankan secara tergesa-gesa. Hasilnya, kepincangan berlaku kesan daripada perlaksanaan tersebut.”

“Hubungan keilmuan di antara anak-anak dan ibubapa akan renggang semata-mata kerana ibubapa yang tidak tahu dan faham bahasa Inggeris tidak dapa mengajar anak-anak mereka. Apatah lagi untuk memberi melatih anak-anak mereka. Usaha yang merugikan ini harus di berhentikan dengan kadar segera!”, bertegas beliau yang merupakan bekas calon KeADILan menentang KJ di Rembau pada pilihan raya lepas.

Namun kedua-dua Salahuddin dan Badrul Hisham sependapat bahawa mereka tidak perlekehkan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka senada dalam mengatakan bahawa, “Penggunaan bahasa Inggeris itu adalah penting, juga dan boleh di gunakan sebagai bahasa perantara kedua di sekolah-sekolah khususnya. Apapun, bahasa Melayu patut sekali di beri keutamaan, tidak dapat tidak!”, sanggah mereka.

Tiada ulasan: