HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2008

Perak terima pelaburan RM22 billion

Ekmal Yusof


KUALA KANGSAR - Walaupun dunia kini dihimpit krisis ekonomi global tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya mendapatkan pelaburan asing bernilai sebanyak RM22 billion.

Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita Dan Kebajikan Negeri Perak, Haji Mohd Zainuddin Mohd. Yusof berkata, kerajaan Perak akan menerima kedatangan pelabur asing bernilai RM22 billion ketika berucap di Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Kg. Masjid Laneh, Padang Rengas dekat sini baru-baru ini.

Tegasnya, dari jumlah itu terdapat sebanyak RM16 billion datangnya dari pelabur-pelabur di Teluk Telaga Minyak Timur Tengah

"Segala usaha tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga perkembangan kemajuan serta pembangunan negeri Perak ini sebagaimana yang telah dijanjikan kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya dulu," katanya.

Adun Lubok Merbau itu juga memberitahu, kerajaan mungkin akan membangunkan sebuah bandar baru Islam di negeri Perak iaitu "Islamic City" untuk kemudahan bukan orang Perak, rakyat Malaysia sahaja malah bagi Umat Islam seluruh dunia. - mns_

Tiada ulasan: