Herman Samsudeen
Bernama memetik:
“Wang yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan kedua, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mac, mesti dibelanjakan dengan berkesan, jika tidak ia merupakan suatu pembaziran” kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Ini adalah satu amaran dan peringatan buat Najib yang bakal mewarisi kerusi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac nanti. Pakej ransangan kedua yang akan diumumkan hanya dilaksanakan dibawah pentadbiran Najib dan pastinya kerisauan Abdullah terhadap masa depan perniagaan yang dijaga oleh kroni beliau menjadi satu beban dalam tempoh terdekat ini.
Abdullah pasti masih teringat bagaimana beliau mensabotaj projek jambatan bengkok yang di ilhamkan oleh Mahathir dan tidak mustahil projek-projek koridor yang dilancarkan tahun lepas akan menjadi mangsa Najib pula.
Sebelum ini, pada 4 November 2008 Najib sudah umumkan Pakej Ransangan Pertama bernilai 7 Billion. Apakah hasilnya? bagaimana agihannya kepada Kementerian dan apakah sumbangan Kementerian berkenaan kepada negeri-negeri, khususnya bagi negeri yang diperintah Pakatan Rakyat?
Rakyat juga masih hairan kerana Najib secara tiba-tiba mengumumkan Pakej ransangan kedua semasa Pilihanraya Kuala Terengganu.
Rakyat faham akan situasi ekonomi semasa, namun kenapa ianya diumumkan sebelum dibentangkan di Parlimen. Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar ada menegur tentang hal ini dan ini menyebabkan Najib kelam kabut mengarahkan orang-orang di Kementerian Kewangan menyediakan kertas cadangan untuk beliau bentang di Parlimen 10 Mac nanti.
Begitulah sepatutnya, bukan dijaja dulu baru hendak dibawa ke Parlimen. Nampaknya Najib juga sudah pasti menjual pakej ekonomi negara dikaki lima pentas sempena Perhimpunan Agung Umno nanti.
Memang memalukan kerana beliau bertindak diluar kebiasaan bagi seorang menteri kewangan.
Berdasarkan jawapan bertulis Abdullah di Parlimen kepada ahli parlimen Serdang-Teo Nie Ching hutang kerajaan persekutuan sehingga akhir tahun 2007 adalah RM266.7 bilion yang terdiri daripada hutang dalam negeri dan luar negara.
Bagi nilai hutang tahun 2008 belum ada laporan dinyatakan. Berdasarkan perkembangan ekonomi semasa nilai itu pastinya bertambah termasuklah kesan dari penyediaan Pakej ransangan pentama dan kedua ini.
Oleh itu, rakyat risau jika mereka menjadi mangsa terhadap dasar ekonomi yang tidak jelas setelah Njib diangkat menjadi PM. Jika Naib Presiden Umno, Muhyidin Yassin sendiri mengakui bahawa kabinet sekarang sudah hilang arah, adakah barisan kabinet akan datang sudah bersedia mencari arah baru atau hanya sekadar bertukar ketua dan ahli kabinet sahaja, tapi perangainya masih sama.
Rakyat ternanti-nanti idea penyelesaian masalah ekonomi secara objektif bukannya subjektif dengan hanya menghulurkan pakej ransangan itu kepada kelompok peniaga besar sahaja.
Rakyat juga mahu usaha bersungguh dari Kerajaan untuk mengekang gejala pemberhentian pekerja yang semakin bertambah bilangannya. Pastinya ini sudah secukup mengambar bahawa betapa teruknya ekonomi negara saat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan