HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Februari 2009

Penduduk Bukit Lanjan hantar memorandum

Pakatan Rakyat


SHAH ALAM – :Gabungan Persatuan Penduduk Bukit Lanjan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar (MB) Selangor bagi mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Perhubungan Pengguna dan Alam Sekitar di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini petang semalam.

Memorandum tersebut ditandatangani penduduk kawasan Bukit Lanjan, Bukit Antarabangsa dan Bukit Gasing.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Riana Green Kondo, Boby Gan berkata, memorandum tersebut bertujuan bagi memberi sokongan kepada Elizabeth Wong supaya menarik balik perletakkan jawatannya sebagai ADUN dan terus memimpin kawasan Bukit Lanjan.

“Tujuan kami berada di sini adalah sebagai tanda sokongan kepada Elizabeth supaya beliau kekal sebagai ADUN dan jawatan lain yang disandang serta dapat terus memberikan perkhidmatan kepada penduduk Bukit Lanjan.

“Kita tidak sepatutnya menjadikan isu peribadi beliau sebagai alasan untuk menyingkirkan beliau dari memegang jawatan di dalam kerajaan. Sepanjang berkhidmatnya, beliau telah melaksanakan tugas dengan baik dan komited. Justeru, kami tidak mahu kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa seperti beliau,” katanya.

Beliau berkata, Elizabeth menjadi orang penting ketika mempertahankan dan menyelamatkan kawasan hijau di Kota Damansara dan Bukit Gasing daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membangunkan projek haram yang dilakukan secara rakus pentadbiran sebelumnya. Beliau juga telah membangkang projek pembangunan di kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Selain itu, beliau berkata setiap manusia mempunyai kehidupan peribadi dan menjadi satu kesalahan jika ada pihak menceroboh hak peribadi seseorang. Masyarakat tidak seharusnya meletakkan setiap kesalahan di bahu mangsa sebaliknya patut menyalahkan pihak yang cuba menjatuhkannya.

Tiada ulasan: