HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Februari 2009

Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac

MALAYSIA KINI


Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

- Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

- Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

- Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Tiada ulasan: