HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Februari 2009

Jururawat diugut sebar gambar intim

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Seorang jururawat yang ingin memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya tidak mampu berbuat apa- apa kecuali menurut 'kemahuan' lelaki itu kerana diugut untuk disebarkan gambar intim mereka.

Ekoran daripada itu, mangsa yang berusia 20-an terpaksa menderita dan menjadi 'hamba' kepada suspek sejak tiga tahun lalu.

Akibat tidak tahan menanggung seksa itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini semalam.

Difahamkan, suspek mengugut menyebarkan gambar intim dan peribadi mangsa yang diambil ketika bercuti bersama di sebuah negeri di pantai timur penghujung tahun 2007.

Mangsa pula dikatakan bertindak memutuskan hubungan mereka awal tahun ini kerana tidak tahan dengan sikap panas baran suspek itu.

Tindakan suspek menyebabkan mangsa mengalami gangguan perasaan dan terpaksa menurut segala kemahuan bekas teman lelakinya itu sehingga mengganggu prestasi kerjanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

"Dalam laporannya, mangsa merasa bimbang gambar-gambar peribadi disebarkan selain takut sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadapnya," katanya di sini hari ini.

Tiada ulasan: