HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2009

PSMI: Khairy setuju debat dengan Pemuda PAS

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi tadi calon Ketua Pemuda UMNO itu menerima surat jemputan debat daripada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Selain itu Khairy turut sepakat dengan Salahuddin untuk berbincang berkenaan dengan isu ISA. Perbincangan tersebut dijadualkan pada minggu depan di lobi parlimen. Walau bagaimanapun masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melantik beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad. - mns_

Tiada ulasan: