HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2009

Hamid Albar dan Rahim Tamby Chik kupas isu "Peralihan Kuasa Dalam Umno" dalam Hujah TV9 malam esok ( Malam ini )

MSTAR ONLINE


PROGRAM bual bicara politik TV9 yang semakin diminati ramai, Hujah malam esok ( MALAM INI ) akan menyaksikan dua tokoh politik berpengalaman iaitu Datuk Syed Hamid Albar & Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengupas tentang Peralihan Kuasa Dalam UMNO: Apa yang beralih? Sekadar Pemimpin Atau Organisasi Parti?

Rancangan menarik ini akan disiarkan secara langsung dari Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Februari 2009 (Selasa) dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bersama hos bersuara lantang, Dr. Mohamad Agus Yusoff.

Pada minggu lepas, tiga tokoh politik yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri - Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo telah menggunakan peluang yang ada membicarakan pasal isu sosial, politik dan ekonomi semasa.

Selain itu, beberapa isu turut disentuh dalam forum selama sejam itu termasuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, Dasar Ekonomi Baru dan isu ekonomi termasuk harga minyak dan kenaikan harga barang. Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Sebab itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.

Tiada ulasan: