HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Februari 2009

Nelayan Thai guna anjing

BERNAMA

PASIR PUTEH: Nelayan Thai menggunakan anjing untuk menggertak anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) daripada menahan mereka yang mencerobohi perairan negara dekat sini semalam.

Lima nelayan berkenaan dalam sebuah bot juga cuba merempuh bot APMM dalam kejadian 10 pagi itu.

"Apabila menyedari kehadiran anggota APMM, mereka cuba melarikan diri, tetapi selepas bot APMM menghampiri bot mereka, mereka cuba merempuh bot kilat APMM namun sempat dielakkan," kata Pengarah Operasi Maritim D10 Tok Bali, Komander Rozali Mohd Said.

Nelayan yang berumur antara 20 hingga 30 tahun juga sanggup bertengkar dengan enam anggota APMM yang mengarahkan mereka supaya memberhentikan bot mereka, katanya.

"Ketika Bentara Muda Khidzri Mia Abdullah yang dibantu oleh seorang penguatkuasa wanita Laskar Maritim Noor Azliana melompat ke atas bot itu, mereka melepaskan tiga ekor anjing untuk menyerang anggota kami," katanya.

Tiada ulasan: