HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2009

ADUN Batang Ai, Dublin meninggal dunia

MSTAR ONLINE
[DIKEMAS KINI]


PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia awal pagi tadi.

Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.

Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.

Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak.

ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.

Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperoleh maklumat mengenai perkembangan terbaru ini.

Tiada ulasan: