HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2009

SPRM komponen BN ke 15?

oleh Basiron Abdul Wahab


Ahli Parlimen Macang, Saifuddin Ismail membidas Suruhanjaya Pencgah Rasuah (SPRM) dan menyifatkanya sebagai komponen Barisan Nasional yang ke -15 kerana tindak tanduknya yang jelas berphak kepada Barisan Nasional –BN.

Katanya, kenyataan pengerusi SPRM, Dato’ Seri Ahmad Said yang mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana salahguna kuasa menyelenggaran kereta mewah dan pembelian lembu korban dilapor media arus perdana 21 Febuari lalu bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Berdasarkan kenyataan Ahmad Said itu, ia telah membuka ruang kepada para pemimpin Umno membelasah Khalid melalaui media dari semua sudut sama ada dari atas, kiri kanan bawah dan depan dan belakang.

“Justeru itu, SPRM dilihat sebagai bermain politik bagi membantu Umn-BN, kerana itu saya istiharkan SPRM adalah salah satu daripada parti komponen BN yang ke-15,” katanya dalam majlis ceramah di Pekan.

Saifuddin yang juga pakar strategi Parti KeAdilan Rakyat (KeAdilan) menjelaskan Khalid menggunakan kenderaan miliknya sendiri sebagai kenderaan rasmi dan telah diluluskan dalam mesyuarat exco Selangor sebelum ini manakala pembelian lembu untuk korban tidak membabitkan menteri besar itu. lembu berkenaan adalah sumbangan daripada anak-anak syarikat melalui bajet kebajikan syarikat masing-masing.

“Setiap syarikat mempunyai bajet tahunan khusunya menjalan aktiviti kebajikan dan wang itulah yang diguna untuk membeli lembu dan digih-agihkan kepada orang ramai di Ceras,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis sama ialah Ustaz Kamal Saari, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor.

Kamal mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat yang telah berkuasa sejak 11 bukan lalu telah melakukan banyak perkara untuk kepentingan rakyat termasuk memperkenalkan pemberian 12 meter padu air percuma kepada rakyat serta Takaful kepada warga emas dan sebagainya.

“Rakyat Selangor telah merasai nikmat pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berbeza berbanding kerajaan BN sebelumnya dan ini sangat merisaukan Umn-BN,” katanya.

Mengenai hubungan parti dalam Pakatan Rakyat, PAS. DAP dan KeAdilan beliau mengatakan kerjasama pada tahap ini adalah yang terbaik.

“Walaupun ada perbezaan pendapat diantara parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dalam beberapa isu politik semasa tetapi tidak melemah hubungan dalam Pakatan Rakyat secara keseluruhanya,” ujarnya

Tiada ulasan: