HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mei 2009

Selangor Selar Tindakan Melampau Polis Menahan ADUN Teratai

M.SAHRULNIZAM M.ZAIN


SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini berasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bersama 15 orang lain ketika perhimpunan aman di pejabatnya baru-baru ini.

Perhimpunan Aman pada Khamis lalu tersebut sama sekali tidak mengancam keselamatan dan kekacauan kepada masyarakat setempat berikutan mereka berhimpun secara aman.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri, Shah Alam. - Foto AHMAD FADHLI YAHYA

Demikian satu kenyataan akhbar Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejurus selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat sini pagi tadi.

Katanya, kerajaan negeri begitu kesal dengan siri tangkapan tersebut yang melibatkan orang awam, aktivis kebebasan asasi manusia dan ahli politik.

“Mengikut data yang dikumpul oleh SUARAM pada Mei sahaja sebanyak 146 tangkapan sudah dibuat yang kebanyakkannya melibatkan perhimpunan aman.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila pihak polis membuat serbuan ke pejabat DAP baru-baru ini dan ini jelas menunjukkan perkembangan yang tidak sihat kepada negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Sehubungan itu, Abdul Khalid mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan kebebasan bersuara dan hak berkumpul secara aman, hak asasi yang termaktub dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Sedunia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Kami menyeru pihak polis supaya menghormati dan mempertahankan hak-hak tersebut.

“Satu pendekatan baharu yang fleksibel sudah dipersetujui bersama Ketua Polis Negeri Selangor iaitu semua perbincangan boleh dibuat di tempat tertutup seperti di dewan dan perarakan kecil (aman) tempoh singkat sebelum ke dewan dibenarkan tanpa perlu permit”, jelas Abdul Khalid pada sidang media di Dewan Annex dekat sini. -

Tiada ulasan: