HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Mei 2009

TryMasak Portal Video Masakan Pertama Di Malaysia

BERNAMA


KUALA LUMPUR -- Geoflex Sdn Bhd, syarikat pengiklanan media baru berstatus MSC, telah membangunkan projek "TryMasak"', iaitu portal video masakan pertama di Malaysia yang dijangka dilancarkan September ini.

Dalam kenyataan media Selasa, Geoflex berkata projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), memaparkan lebih 450 koleksi video resepi pelbagai kategori yang boleh ditonton secara percuma di http://www.trymasak.my.

TryMasak berjaya menarik 918 anggota berdaftar sejak mula diperkenalkan secara tidak rasmi kira-kira sebulan lepas, dan promosi sedang giat dijalankan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Pengasas yang juga pengarah urusan Geoflex, Ezmir Mohd Razali berkata TryMasak menerapkan ciri-ciri Web 2.0 yang menekankan aspek perkongsian dan usaha sama.

"Selain berkongsi resipi dalam bentuk video atau melalui gambar, mereka juga boleh berinteraksi sesama anggota TryMasak yang lain melalui forum dan blog serta menggunakan akaun Facebook untuk menghantar komen di TryMasak," katanya.

Syarikat itu merancang mengembangkan jenama TryMasak merentasi pelbagai media dan platform, kata Ezmir.

Tiada ulasan: