HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2009

UPP rampas barangan seks dari China

BERNAMA


ALOR SETAR: Ubat dan peralatan seks dari China adalah antara barangan yang dirampas oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Kilang Tebu di sini semalam.

Komander UPP Kedah Mohd Noor Idris berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan 11 anggota UPP menyerbu rumah berkenaan pada 4.50 petang yang disyaki menjadi pusat pengedaran barangan seks secara haram.

"Barangan seks yang dirampas itu termasuk 10 unit alat pembesar kemaluan lelaki dan ubat perangsang seks," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut dirampas ialah tujuh unit parabola dan 56 unit alat kawalan isyarat satelit serta 24 unit swis, lapan bungkus teh Cina yang tidak mempunyai permit import dan 160 bungkus baja.

Mohd Noor berkata UPP turut menahan pemilik rumah berkenaan yang berusia 48 tahun untuk membantu siasatan.

Kes itu diserahkan kepada pihak Kastam untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan larangan import tanpa lesen atau permit.

Tiada ulasan: