HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2009

Pelajar sekolah agama ditahan kes buang bayi

BERNAMA


KUANTAN: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama ditahan selepas mengaku membuang bayi lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan sebuah rumah di Balok Makmur semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pelajar berusia 16 tahun terbabit telah dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 11 pagi tadi.

"Pelajar terbabit mengaku perbuatannya itu dan kini ditahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Dia telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani rawatan susulan selepas melahirkan anak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar perempuan tersebut membuat laporan polis bahawa dia telah dirogol seorang kenalannya sehingga melahirkan bayi yang dibuangnya itu.

"Polis sedang menyiasat laporan pelajar itu," katanya.

Tiada ulasan: