HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mei 2009

TIA - PM dan MB Kena Jelaskan

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak dan Menteri Besar Negeri Terengganu , Dato’ Ahmad Said memberikan penjelasan dengan segera berkaitan isu penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).

Ketuanya Fariz Musa berkata penubuhan TIA sewajarnya dibentangkan kepada rakyat negeri Terengganu dan Dewan Undangan Negeri adalah tempat yang paling sesuai.

“TIA seharusnya ditubuh di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya oleh Kerajaan Persekutuan, kerana TIA memegang amanah rakyat Terengganu,

“ia seharusnya dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri kerana urusniaga TIA bersangkut paut dengan Royalti Minyak yang melibatkan hak rakyat Terengganu,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau berkata tindakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu membelakangkan Dewan yang mulia itu merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan ‘biadap’.

Mengulas perkembangan terbaru TIA yang mengumumkan projek membangunkan hartanah, villa dan hotel bernilai RM6.3 bilion, beliau menegaskan bahawa bukan hotel dan villa yang diperlukan oleh rakyat negeri Terengganu.

“Terutamanya untuk anak-anak muda, kerajaan perlu membangunkan industri dan perkilangan dalam sektor yang dapat menjana peluang pekerjaan kepada mereka,

“pembinaan hotel dan seumpama, tidak memberikan peluang pekerjaan yang banyak dan manfaat kepada rakyat teramai, misalnya pembinaan Heritage Bay Club (sekarang Riyaz) di Pulau Duyong,

“kos yang digunakan membangunkan pusat pelancongan itu tidak sepadan dengan manfaat yang diperolehi rakyat,”jelasnya.

Tiada ulasan: