MALAYSIA KINI
Umno disaran supaya membenarkan golongan cerdik pandai dan cendiakawan memegang jawatan dalam parti itu bagi menarik lebih baik golongan muda menyertai dan mempercayai Umno.
Pada masa yang, penganalisa politik dan sejarah, Datuk Dr Ramlah Adam berkata
Umno juga perlu membuat kajian akademik untuk mengenal pasti kelemahan parti sehingga ramai golongan muda khususnya berpihak kepada parti pembangkang.
Menurutnya, walaupun sudah berusia 63 tahun, Umno bukan parti yang lemah, tua tetapi ia dipimpin oleh pemimpin yang membawa pemikiran baru.
Dr Ramlah menegaskan demikian dalam forum anjuran Ibu Pejabat Umno bertajuk "Umno Menempuh Arus" di ibunegara malam tadi.
Forum tersebut dipengerusikan oleh anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, lapor Bernama.
Dua lagi ahli panel yang bekas menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Othman dan wartawan veteran, Datuk Ahmad Talib.
Syed Hamid yang juga ahli Parlimen Kota Tinggi pula berkata, Umno perlu mempunyai sikap positif terhadap kemampuan para pemimpin mereka agar dapat bersama-sama membina semula keyakinan orang ramai terhadap Umno.
Pastikan kesetiaan ahli
Manakala pemimpin Umno pula, tambahnya, perlu mempunyai keinginan untuk meyakinkan ahli-ahlinya sehingga ke peringkar akar umbi bahawa parti itu tidak selamanya berada di ambang kejatuhan tetapi mampu mengembalikan kemuncak dan kegemilangan parti utama orang Melayu itu.
Di samping itu, Syed Hamid berkata, Umno dan pentadbiran kerajaan perlu mempunyai strategi politik agar orang Melayu tetap terus setia dengan parti itu dan tidak berpaling kepada parti lain.
"Kita mesti ada kumpulan untuk memikirkan bagaimana cara hendak mencapai kemenangan politik. Parti lawan tidak akan soalkan isu ekonomi sahaja tetapi politik sehinggalah mereka dapat menarik perhatian pengundi," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengambil pelbagai tindakan yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional selepas mengalami kekalahan di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.
Sementara itu, Ahmad pula berkata kekuatan Umno bukan bergantung kepada media tetapi ia bergantung kepada kekuatan pemimpinnya, kesepakatannya, musyawarahnya dan kekuatannya untuk mengukuhkan Umno.
"Saya tidak fikir kemenangan Umno dalam sesuatu pilihanraya atas sokongan media tetapi ia kerana calon yang hebat dan keberkesanan Umno untuk menarik pengundi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan