HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Mei 2009

Ekonomi merosot bawah -6 peratus

MALAYSIA KINI


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.

Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju.

"Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama (2009)," katanya ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara hari ini.

"Malaysia dijangka menyaksikan perubahan ketara dalam suku ketiga tahun ini dan pertumbuhan positif pada tahap yang lebih tinggi pada suku keempat, yang akan berterusan pada tahun depan," kata Dr Zeti.

"Peningkatan akan berlaku, namun ia juga bergantung kepada persekitaran domestik dan luar negara.

"Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk."

Mengulas lanjut mengenai penguncupan suku pertama, Dr Zeti berkata ia disumbangkan oleh ambilan iventori yang besar, terutama dalam sektor pekilangan dan komoditi.

Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah.Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan. Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan.

Tiada ulasan: