HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mei 2009

Mana hilang beras murah?

Oleh WARTAWAN KOSMO!


KUALA LUMPUR – Masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) kini bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Walaupun sering kali rungutan orang ramai serta pengusaha premis perniagaan, kemelut yang berlaku seolah-olah tidak ada jalan keluar.

Tinjauan Kosmo! di sekitar pasar raya dan kedai runcit di sekitar Lembah Klang, Perak, Pahang, Kedah dan Johor mendapati, bekalan beras jenis ST15 langsung tiada di pasaran.

Bagaimanapun, di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pula, bekalan beras itu masih ada tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak dapat bertahan lama jika tiada sebarang usaha untuk memastikan bekalannya mencukupi.

Beras ST15 ialah beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur dan ia merupakan beras paling murah di pasaran.

Di KUALA LUMPUR, seorang pengusaha kedai runcit, Syed Mohamad Fazrul Rahman, 24, berkata, permintaan terhadap beras ST15 amat tinggi tetapi bekalannya tidak mencukupi.

Menurut beliau, pembekal hanya menghantar 50 kampit beras ST15 sekali dalam tempoh sebulan dan ia akan licin dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini menyebabkan orang ramai memilih barang yang murah termasuk beras. Kami sebagai peniaga tak boleh nak buat apa-apa sebab bekalan ST15 hanya dihadkan kepada 50 kampit sahaja,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tiada ulasan: