HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mei 2009

Kemelesetan: Rakyat Kian Gusar, Umno Terkial-kial

Anna Yusof


KANGAR : Pembubaran tujuh cawangan Umno Kangar InshaAllah bakal menjadi titik mula kebangkitan rakyat Perlis untuk bersama-sama dengan agenda “Perubahan”.

Ketua umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan kegembiraan beliau dengan perkembangan terbaru di Perlis semasa ceramah beliau di negeri itu pada Khamis lalu.

“Saya jelaskan bahawa Pakatan Rakyat berjuang demi kemaslahatan rakyat seluruhnya dalam peekembangan politik Umno yang gagal menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” jelas Anwar.

Pembaharuan yang dilakukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor dengan dasar perlaksanaan seperi pemberian air percuma, bantuan pendidikan, tabung anak Selangor serta khairat kematian sewajarnya menjadi iktibar kepada pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

“Apatah lagi pelaksanaan dasar tersebut tidak mengambil kira batas kaum dan kita yakin sesungguhnya keadilan adalah untuk semua. Sekian lama dasar pecah dan perintah di manipulasikan penguasa demi untuk terus kekal memerintah,” jelas Anwar.

Kemelesetan ekonomi sudah menjenguk hampir di jendela namun pentadbiran baru masih terkial-terkial mencari formula bernas. Kegusaran rakyat sudah tentu berasas. Apa tidaknya kadar pengangguran melonjak tinggi manakala kilang akan mulai menutup operasinya.

Anwar berkata bahwa di jangkakan sehingga 500 ribu orang akan kehilangan pekerjaan. “Mungkin isteri bapak menteri perlu muhasabah diri dan berhenti dari membeli belah di gedung-gedung mewah sekitar New York, Paris dan London,” kata beliau.

“Saya tegaskan dana awam wajib diurus dengan penuh ketelusan. Wang rakyat hendaklah dibelanjakan untuk projek pembangunan rakyat dan bukannya mengisi kantung para kroni. Ekonomi semakin menguncup manakala pakej ransangan masih tidak merangsang,” tambah Anwar lagi.

Tiada ulasan: