HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mei 2009

Najib Gagal Tiru Kepimpinan Ayahnya

HARAKAH DAILY


Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Mustafa Ali berkata, sikap Abdul Razak Hussein jauh berbeza dengan anaknya, Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti "Buku Hijau", pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat kerana sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Mansor Othman.

"Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat," nasihatnya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ahmad Awang dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: