UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas anggota komunis telah mewujudkan blog bagi mengagungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membunuh beribu-ribu rakyat negara ini antara tahun 1948 hingga 1960.
Individu berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60, mendakwa beliau pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun.
Rejimen itu yang diwujudkan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D. hanya dianggotai kaum Melayu.
Menurut Mat Amin, dia mewujudkan blog itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan media arus perdana yang telah menyisihkan bekas anggota PKM.
"Majlis menandatangani persetujuan damai tiga pihak di Hatyai sudah berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana.
"Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitan," katanya.
Mat Amin berharap dengan memaparkan sejarah silam rejimen itu dan perkembangan terkini bekas anggotanya yang kini menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin, Narathiwat, Thailand, persepsi serong terhadap PKM dapat diperbetulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan