HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mei 2009

Mayat bayi diserta nota kebumi jenazah

BERITA HARIAN ONLINE


KUANTAN: Mayat bayi lelaki baru lahir dibungkus selendang putih berserta sekeping nota meminta orang ramai mengebumikan jenazah terbabit, ditemui di sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, di sini, semalam.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim, 22, bersama rakannya, Mohd Hafiz Ismail, 32, ketika bersiap ke tempat kerja di Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 7.30 pagi.

Suhaimi berkata, Mohd Hafiz yang menemui bungkusan di halaman rumah ketika mahu memanaskan enjin kereta memanggilnya untuk memeriksa isinya.

“Saya menjumpai nota biru di pintu pagar rumah dengan kata-kata ‘tolong kebumikan terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya,” katanya di sini, semalam.

Suhaimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayi terbabit ditinggalkan kira-kira jam 3 pagi selepas enam rakan serumah yang menonton perlawanan bola sepak memaklumkan terdengar bunyi motosikal berhenti di depan rumah.

Tiada ulasan: