SUARA KEADILAN
SHAH ALAM - Bagi mengembangkan ekonomi pengusaha kecil dan sederhana, kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna Selangor bakal menganjurkan Pesta Konsumer 2009 pada Julai depan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata pesta ini akan dijadikan platform untuk pengusaha kecil memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan oleh perusahaan masing-masing.
“Pesta yang julung-julung kali diadakan ini menjadi salah satu platform yang mana membantu pengusaha kecil-kecilan mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi penduduk tempatan”, katanya kepada pemberita.
Katanya lagi, selain memberi memberi peluang kepada pengusaha untuk mempromosikan serta memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan pesta itu juga memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan.
“Bagi pengguna, mereka pula berpeluang mendapatkan lebih banyak pilihan dan kepelbagaian dari segi barangan yang dikehendaki bergantung kepada kriteria-kriteria yang diinginkan”, katanya pihaknya juga mensasarkan seramai 30,000 pengunjung mengunjungi pesta berkenaan.
Bagi permulaan, pesta berkenaan akan diadakan di Kompleks Sukan, Kuala Selangor, bermula 17 hingga 19 Julai ini dan akan diadakan di beberapa lokasi lain kemudianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan