| Oleh: BRYAN CHANG SHAK HUNG SAMBUTAN Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun dan pada tahun ini yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, adalah tepat pada masanya. Ini adalah kerana tanggungjawab seorang tenaga pengajar adalah berat dalam mendidik pelajarnya selepas para ibu bapa melepaskan tanggungjawab buat sementara waktu dalam mendidik anak-anak mereka apabila masa belajar dijalankan. Masa hadapan pelajar adalah bergantung dengan guru dalam membimbing mereka ke arah kecemerlangan dalam bidang pelajaran di samping sokongan padu dan didikan daripada ibu bapa. Pengumuman kenaikan pangkat atau lebih sesuai dikatakan kepada kenaikan gred gaji kepada hampir 26,000 tenaga pengajar di seluruh Malaysia pada sambutan Hari Guru 2010, merupakan satu khabar berita kepada mereka yang telah menunggu bertahun-tahunnya dengan ketidak adaan kenaikan yang melibatkan tenaga pelajar secara keseluruhannya serta pemberian ganjaran kepada pengetua dan tenaga pengajar yang berjaya meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah mereka. Selain daripada pengumuman tersebut, tidak ada banyak perkara yang mengembirakan kepada tenaga pengajar terutamanya kepada guru yang telah bertungkus lumus di kawasan pedalaman. Guru yang mengajar di pedalaman sesungguhnya lebih jauh mencabar dari segi fizikal dan mental dan kerajaan seolah-olah telah menutup cerita kedukaan mereka dengan hanya memberikan elaun tambahan sebanyak RM500-RM1500 kepada mereka tanpa mencari jalan yang lebih drastik dari segi kemudahan infrastruktur yang telah membelenggu tenaga pengajar serta penduduk di kawasan pedalaman. Mereka terpaksa bangun seawal jam 1 pagi untuk mengharungi denai dan sungai yang deras sekiranya hujan serta jalan yang berlumpur ketika hendak menjalankan tugas dalam mendidik pelajar. Adakah kerajaan telah mengwujudkan anugerah khas dalam memberi pengikhtirafan kepada guru yang mengajar di pedalaman? Bagi guru yang menjar di kawasan bandar pula, mereka menghadapi kesukaran yang berbeza terutamanya dari segi beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh tenaga pengajar. Ini termasuklah kerja-kerja pengkeranian dan penyediaan dokumen yang banyak serta penglibatan dalam ko-kurikulum dan unit beruniform. Untuk yang demikian, pihak kementerian sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang konkrit dan tidak membebankan tenaga pengajar dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang pendidik. Masalah berkenaan telahpun berlarutan untuk beberapa tahun namun tidak ada penyelesaian dapat mengubahnya. Walaupun kali ini dikatakan akan dilaksanakan dan diharap janji tidak akan tinggal janji! Bukan itu sahaja, guru telah diwajibkan untuk membayar sekurang-kurangnya RM5 bagi sambutan Hari Guru setiap tahun. Di manakah logiknya guru terpaksa membayar wang berkenaan dan perlu diingat bahawa sambutan Hari Guru merupakan satu pengikhtirafan yang diberikan kepada guru dan bukannya guru membayar RM5 untuk mendapatkan pengikhtirafan tersebut. Untuk yang demikian juga, sambutan pada tahun ini yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ perlu dijadikan peringatan kepada semua kita bahawa rakyat Malaysia memperjuangkan pendidikan demi masa depan negara secara keseluruhannya; iaitu untuk bangsa Malaysia dan tidak terpengaruh dengan kenyataan YAB Datuk Muhyddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, yang mendahulukan bangsa Melayu daripada Malaysia dalam kenyataan politiknya dua bulan yang lalu. Pendek kata, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman kerana isu pendidikan tidak seharusnya ditimbulkan lebih-lebih lagi dalam pendidikan negara. Ini dikaitkan dengan kenyataan daripada beliau sendiri bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan kepada sekolah swasta Cina malah ia bercanggah dengan dasar pendidikan nasional dalam membantu sekolah-sekolah berkenaan. Persoalannya adalah mengapa beliau membuka permohonan kepada sekolah-sekolah agama untuk mendapatkan bantuan kerajaan? Ini dapat dibuktikan semasa kempen pilihanraya Hulu Selangor yang mana beliau sendiri telah memohon supaya sekolah agama didaftarkan bagi mendapatkan bantuan kerajaan dan diletakkan sebaris dengan sekolah lain dalam sistem pendidikan arus perdana. Beliau menerangkan bahawa kerajaan telah membayar gaji guru SRJK Cina dan Tamil sebanyak RM1.8 billion dan tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Kenapa beliau tidak memberitahu gaji guru yang telah dibayar untuk sekolah yang lain? Isu ini berbangkit apabila terdapatnya ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat dalam pembahagian peruntukan kepada institusi bantuan kerajaan dan sekolah swasta dalam memartabatkan pendidikan selari dengan hasrat PM dalam menjayakan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Adakah beliau sendiri sedar betapa rakusnya dan kurangnya perhatian daripada Menteri Pelajaran dalam memberi pendidikan yang seimbang dan adil kepada semua kaum tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang sekolah samada sekolah swasta atau kerajaan, semuanya harus dibantu secara adil dan saksama. Oleh yang demikian, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mendahulukan bangsa Malaysia terlebih dahulu sebelum memberitahu bahawa kita merupakan kaum Cina, India, Melayu, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Dahulukan nama Malaysia jikalau kita benar-benar menyintai negara Malaysia dan yang paling penting, tidak harus adanya perbezaan kaum dalam pendidikan kerana pada akhirnya, negara inilah yang akan dibangunkan oleh pelbagai kaum dan bangsa serta dikenali di dunia sebagai negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 21 Mei 2010
BENARKAH GURU PEMBINA NEGARA BANGSA?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
gurulah yang akan membimbing pelajar untuk menjadi insan yang berjaya. jasa dan pengorbanan guru haruslah dihargai. sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan kepada jasa mereka. diharap guru-guru dimalaysia akan terus berusaha dala mendidik pelajar yang cemerlang
ketidakpuasan hati dan tidak dipedulikan adalah punca isu ini...lebih2 lagi kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan itu sendiri yang sedikit sebanyak telah menguris hati seseorang pendidik yang bertungkus lumus memberikan ilmu pengetahuan kepada anak2 bangsa malaysia...seharusnya keluhan dan kehampaan golongan ini harus diberi perhatian oleh pihak berwajib dan bukannya menjadikan isu pendidikan sebagai alat politik untuk meraih undi demi kepentingan politik..
tindakan menaikkan gred gaji guru daripada kerajaan memang wajar dilakukan atas menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru...tanpa guru, sepa la kita...tanpa guru, tiada lah anak bangsa kita yang kini bergelar Datuk, Tan Sri dan sebagainya...tanpa guru tiada lah anak bangsa kita yang menjadi profesional atau pakar...akhir kata, guru adalah pembina dan peneraju negara bangsa...
kenaikan gaji guru sebenarnya adalah satu penghargaa kepada jasa dan pengorbanan mereka sebagai pendidik. diharp dengan kenaikan ini. mutu perkhidmatan guru-guru akan meningkat..
guru adalah pembina kepada pembantukan negara yang maju dan bertamadun. tanpa pendidik masyarakt yang berilmu tanpa dilahirkan.. oleh itu sumbangan mreka haruslah dihargai. semoga guru-guru dimalaysia berjaya mendidik anak-anak kita menjadi masyarakt yang berilmu dan maju
pendidikan di malaysia perlulah sistematik dalam membentuk sistem pendidikan yang baik.. pendidikan harus dikecapi semua rakyat melaysia tanpa mengira bangsa dan agama..
sebagai menteri pendidikan, beliau sepatutnya lebih arif dengan dasar pendidikan nasional. jangan timbulkan isu2 sensitif terutama yang berbau perkauman dalam pendidikan.
kerajaan sememangnya patut menggalakkan semua institusi pendidikan tanpa mengira kaum untuk sama2 mambina bangsa yang cemerlang. peranan guru tidak dapat dinafikan dalam membina negara bangsa, oleh itu kerajaan patut bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti pendidikan malaysia. walau bagaimanapun, langkah kerajaan meningkatkan gaji guru dilihat satu usaha baik kerajaan bagi meningkatkan kualiti dan prestasi guru.
Guru memang telah memainkan sebuah peranan yang penting pada setiap orang. Kita harus berterima kasih kepada mereka.
Catat Ulasan